Thursday, August 12, 2010

Ramadhan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....Ramadhan menjelma lagi...
Ramadhan tahun lalu terlalu banyak rahmat yg dikurniakan...doaku banyak yg Allah makbulkan....syukur alhamdulillah.

Antara tazkirah ustaz selang masa solat terawih tadi....jaga perkara yang membatalkan puasa dan perkara yang mengurangkan pahala puasa. Pesannya lagi.... jangan jadikan puasa kita sia-sia ...hanya dapat lapar dan dahaga sahaja. Allah melimpahi rahmat yang tak terhingga di bulan Ramadhan ini...antaranya ganjaran segala amalan yg sunat adalah seperti amalan wajib....bayangkan setiap zikir memuji Allah yang kita lakukan....InsyAllah sama-samalah kita merebut ganjaran Ramadhan yang datang setahun sekali ini. Jadi peluklah Ramadhan ini se erat boleh seolah-olah kita tidak mahu melepaskannya....jangan lupa tanamkan keikhlasan kita hanya kepada Allah atas setiap apa yang kita lakukan.....

Besok antara hari penting dalam hidupku.....namun tahun ini sebelum ramadhan...terlalu banyak cabaran....ujian...terutama di pejabat. Cabaran yang cukup Hebat....namun aku redha...mungkin ada yg lebih baik untuk ku ....rahmat disebaliknya. Hari Pertama Ramadhan....juga besar cabarannya ditempat kerja....sahabat menasihatkan aku...redha dgn apa yg berlaku....yg penting niat kita dan keikhlasan kita dalam melaksanakan tugas. Aku tak perlu...menentang arus.....just follow the flow....

Ramadhan kali ini aku bertekat untuk berdiam diri...kalau boleh nk kurangkan bercakap....mungkin itu lebih baik....insyAllah akan aku cuba sebaik mungkin.

Doaku moga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat diriku.....

Sunday, August 1, 2010

Jodoh...... Pertemuan....


Kawan-kawan lama MMC











Raja sehari Hafiz & wife

Hujung minggu penuh makna....

Sabtu.

Pagi Sabtu awal lagi aku serta keluarga bersiap ke rumah kakak yg menjaga ketiga-tiga anak aku...yang aku anggap sebahagian daripada keluarga kerana jasa mereka. Rupanya mereka sekeluarga juga punya perasaan yang sama. Aku dan keluarga dijemput mewakili serta membantu dalam majlis perkahwinan serentak anak serta anak saudara beliau. Aku sekeluarga terima dgn hati terbuka.

Majlis yg serba sederhana namun jemputannya.... alhamdulillah..ramai yang datang memeriahkan majlis. Aku bersyukur majlis berjalan lancar....disamping bertemu saudara mara kakak yang datang memeriahkan majlis, aku melihat kemesraan yang kembali bertaut diantara mereka, maklum sajalah sudah lama tak bertemu olehkerana kesibukan serta waktu yang terhad. Kalau diamati inilah antara majlis yang menemukan semua suadara kembali...

Aku juga sempat bertemu dgn kawan-kawan lama (Ahmad Najmi, Mat lop serta keluarga...) juga jiran-jiran lama sewaktu menyewa di sana. Alhamdulillah...itulah pertemuan.... semuanya diatur oleh ALLAH yang Esa.

Ahad.

Hafiz salah seorang anak muda yang di ambil bekerja sewaktu di MMC Defence pada 1999 ( baikpulih kereta perisai kementerian pertahanan) menalifon menjemput aku dan keluarga ke majlis perkahwinannya. Agak terkejut kerana tak mengenali beliau di awal perbualan....aku bersetuju.

Awal aku kesana kerana inilah peluang untuk aku bertemu dengan rakan sekerja MMC yg barangkali di jemput sama. Alhamdulliah ramai yang datang...Pak Kong(Kol Andrew Kong Chue), Mej Mokri, Mej Mat, Jefry, Alias, Pak Hassan, Pak Wahid, Pak Khalid, Pak Ya, Pak Bakri, Pak Hosnan, Zainal, Hanisam....semua mereka umpama keluarga pada aku...MMC banyak mengajar aku menjadi tua dan menghormati mereka...Selama tujuh tahun lebih aku mencari rezki bersama mereka dan berulangalik dari S.Alam ke Nilai....

Terlalu gembira sebenarnya....semoga kita diizinkan Allah bertemu lagi diwaktu dan masa akan datang Insy'ALLAH..





Saturday, July 31, 2010

Putrajaya


Cantik. Terancang. Kehadapan.

Ungkapan yang terpacar di mindaku. Seharian aku di sana hari ini, cuba selesaikan hal kerja aku di salah satu bangunan indah menempatkan salah satu jabatan kerajaan yang berurusan dengan orang ramai.

Infrastruktur terhebat di negara kita. Tapi sayang mentaliti "human capital"nya masih seperti dahulu. Kaunter pelanggan tiada sesiapa di sana. " Nak apa?", sapaan yang membuat aku terkejut. Agen-agen bangsa lain di sambut dengan mesra dan boleh masuk terus ke dalam pejabat tanpa banyak usul periksa. Mungkin sudah menjadi kebiasaan mereka atau "sudah kenal lama", nama-nama biasa yang selalu disebut...Mike, Jefry, Richard...David....

Teman sebangsa yang diarah menunggu memulakan bicara..."sama je bang di jabatan jabatan lain", semua diorang control. Betul ke hatiku berkata...teringat kata-kata seorang rakan setelah selesai menunaikan solat Isyak sewaktu dulu...."Susahnya orang Melayu di Tanah Melayu"..ada kebenarannya. Nak beli rumah susah, nak pinjam loan susah, boleh kata semuanya susah.....
kehadapan nanti bagaimana agaknya....anak dan cucu kita....

Singgah solat Jumaat di Masjid tepi tasik yg indah. Ramai pelancong luar negara kelihatan. Berbaris bas persiaran menunggu......berbagai gelagat mereka menikmati keindahan Putrajaya. Di dewan solat aku sempat melihat kelibat orang-orang hebat di Putrajaya melintas mencari saf, Tun Hanif Omar, Peguam Negara Ghani Patail dan seorang Timbalan Menteri yang aku sendiri lupa namanya. Mereka semua manusia hebat di Putrajaya, pemikir dan penentu arahtuju negara...

Cuma bila bangsa terbela....alif (agama), ba(bangsa) dan tha( tanahair)

Thursday, July 29, 2010

Rindu

Teringat kebenaran pesanan seorang teman,"semasa ada hargailah mereka". Rindu aku sebenarnya kepada kedua ayahbonda yang telah pergi untuk selamanya. 2009 adalah tahun sunyi aku. Bonda pergi dulu hanya berselang 5 bulan ayahanda pula pergi....kosong rasanya hidup. Langsung tiada semangat untuk pulang ke kampung sejak ketiadaan mereka. Aku juga lebih banyak diam dari berbicara sekarang....impak ketiadaan mereka kepadaku sebenarnya cukup terkesan....

Semalam aku bersama teman dalam perjalanan pulang ke pejabat setelah selesai tugasan, kami singgah menjamah CENDOL di tepi jalan berhadapan dengan sebuah masjid. Pak chik yang menjual menyapa pertanyaan aku tentang umurnya..."62 !" sambil tersenyum... Aku mencelah "26 masih muda pak chik". Terus dia ketawa.

CENDOL adalah kegemaran bonda, kalau dalam perjalanan kemana sahaja bersamaku bonda selalu pesan..." kalau nampak CENDOL berhenti", katanya. Kalau berkunjung ke rumah saudara mara yang menempuh perjalanan yang jauh sampai 2 kali berhenti pekena CENDOL...

Sedang menghirup CENDOL, lalu seorang nenek bersama anak serta cucunya lalu meminta semangkuk cendol. Anak serta cucunya turut berkongsi semangkuk CENDOL. Nenek melihat aku sambil berkata " Rezeki dan kematian kita sebenarnya adalah sebenarnya rahsia kita. Kita tak tahu akan keduanya...hanya ALLAH yang tentukan", sambungnya lagi. "Ada anak pun belum tahu dia akan doakan kita kalau kita dah mati nanti "... "Buatlah amalan sebanyak mungkin ....hati dan mulut kena baik kepada semua orang....".

Benar kata nenek...teringat aku pada program Halaqahkalbu yang aku tonton kelmarin, tajuknya Amanah Abadi(Anak)....kalau betul ajaran, didikan nya amanah anak ini menjadi saham dunia dan akhirat yang amat berharga untuk semua kita sebagai ibubapa.....

Renungkan......

Friday, February 19, 2010

IBU....Bukan Sebarang Ibu

Salam...semua.

Hari ini hujan turun dengan lebatnya....bumi basah setelah sekian lama panas mencengkam...bersama bahangnya. Itulah lumrah alam yang silih berganti...syukurlah dengan aturan Allah yang Esa.

Sempat aku membaca sebuah buku yang amat menyentuh jiwaku...kisah seorang Ibu yang berkorban segalanya demi menyemai Ilmu kepada anaknya. Teringat seorang Ibu yang begitu bersungguh memberi pendidikan yang terbaik untuk semua anaknya.....Begitulah semua ibu-ibu yang lain ....cuma caranya mungkin berbeza. Sambung cerita....Anaknya menjadi seorang yang berilmu dan terkenal di zamannya. Tajuk buku tersebut ialah Ibu...bukan sebarang Ibu. Kisah bermula bagaimana si Ibu berkorban seluruh kehidupannya memberi llmu kepada anaknya . Ibunya terpaksa berpisah dengan ayahnya yang pergi berjuang fisabilillah selama 28 tahun, selepas beberapa hari melangsungkan perkahwinannya.

Sebelum keluar berjuang ayahnya meninggalkan amanah kepada isterinya menjaga 30,000 dinar. Sepanjang peninggalannya tanpa pengetahuannya beliau dikurniakan seorang anak lelaki. Si Ibu telah menggunakan wang yang diamanahkan untuk pendidikan anaknya hingga anaknya menjadi seorang yang terkenal. Anaknya menjadi guru kepada Imam Malik.

Setelah selesai si ayah pulang ke kampung halaman dan terus masuk ke rumahnya diwaktu malam. Pergelokan berlaku diantara anak dan ayah kerana beranggapan saling menceroboh di rumah tersebut. Kedua-duanya saling tidak mengenali antara satu sama lain sehingga seluruh kampung datang cuba meleraikan pergaduhan mereka. Akhirnya si Ibu mengenali suara si Ayah yang baru pulang. Mereka akhirnya berpelukan....

Wednesday, February 17, 2010

TETAMU HEBAT

Salam Semua...


Cuti panjang yang membosankan.Begitulah fitrah kita manusia ...kalau tika bekerja kita mahu dan idamkan cuti..namun kalau dah bercuti terasa ingin pulang bekerja. Agak lama aku tidak menulis...sikap yang aku paling tidak suka"menangguhkan sesuatu"...bukan apa, aku sendiri tahu tahap mana kepekaan diri sendiri. Kalau ku tangguhkan sesuatu pekerjaan maka tertunda lamalah ia....aku lebih gemar terus melakukan apa yang ingin aku laksanakan....


Cuti selalunya akan aku cuba penuhkan masa bersama keluarga. Banyak perkara yang berlaku....minggu ini.


Ada tetamu dari Johor...bersembang lama berkaitan dengan konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia. Sejarah dan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh empunya diri. Bermula dengan kemasukan beliau dalam tentera semasa pemerintahan British di Singapura, kampung halaman beliau. Di hantar ke Pontian untuk latihan di hutan Jemaluang. 7 daripada sahabat dari rejimen lain terbunuh sewaktu bertempur dengan Komando Indonesia yang mendarat melalui Batu Pahat. Beliau menceritakan pengalaman bersama regimen Chester dan Highlander yang semuanya askar British yang didatangkan khas dari Scotland.....terkenang seorang sahabat yang baru memeluk Islam, dilahirkan di Scotland dan punya bapa yang pernah berkhidmat di Batu Pahat. Adakah ini suratan atau kebetulan..... Ini juga cerita tentang kekeluargaan....seronok punya keluarga yang rapat sentiasa akrab. Aku rindu semua itu...maklumlah dari kecil sudah merantau keluar kampung. Satu kekosongan yang perlu di isi sebaik mungkin...perlunya komunikasi duahala, kesungguhan dan keterbukaan hati serta masa. Tanpa semua ini...mungkin ikatan kekeluargaan akan sepi membisu tiada bicara. Pertemuan hanya memenuhi keperluan acara...fikirkan....


Melawat Mohd Ikhwan Nordin lagi di HKL...sayu masih diwajahnya menunggu ibu yang belum kunjung tiba...mungkin atas faktor masa, ibu terlewat ke hospital...dihati aku, ibu ikhwan akan tetap hadir menemani Ikhwan....sabar...pujuk hatiku sambil menatap wajah sayunya yang sentiasa tersenyum dengan kehadiran siapa saja. Insy'Allah....hati kita semua digerakkan untuk kebaikan. Pelawat hebat di sebelah katil Iwan mejenguk cucu ke-12nya yang di jangkiti virus di dada kecilnya. Agak kelitah cucunya berbicara bersama semua yang hadir. Aku tersenyum bersama mencuri dengar cerita mereka....sambil mengesat airmata ikhwan.


Bekas Iman masjid Jamek dipertemuan dua sungai di tengah ibukota..memberi salam menghampiri katil Ikhwan bertanya keadaan Ikhwan. Banyakan membaca al-fatihah juga ayat kursi buat Ikhwan katanya...sambil mulutnya membaca doa buat Ikhwan. Kesihatan anak-anak amat penting dijaga... Nasihat beliau kefahaman agama Islam amat penting dan perlu diterapkan didalam kehidupan sebaiknya. Malah bersama isteri juga disebut dimana waktu dan keadaan juga jadi penentu tentang kesihatan anak yang bakal dilahirkan. Antara lain beliau menyebut tarikh bulan islam iaitu 1,15,29 dan 30 yang tidak sesuai bersama isteri....sedikit ilmu yang beliau sampaikan....mungkin boleh dikongsi bersama merentas waktu kehidupan ini..


Tetamu terakhir agak unik..seorang pelukis jalanan yang bercerita tentang bangsa kita melayu yg tidak bersatu, sombong, hasad dengki dan kurang agama. Pertemuan singkat kami menghampiri magrib di Central Market. Bagaimana bangsa melayu dipinggirkan di bumi sendiri...susahnya jadi bangsa melayu di tanah melayu...kata sahabatku satu ketika dulu. Semua pelukis terpaksa berpindah keluar setelah pengurusan baru berkuasa. Tiada kesatuan antara mereka punca mereka terpinggir...katanya. Masih jauh kesedaran dihati kerana kesombongan mereka sendiri. Hanya Agamalah sahaja yang mungkin akhirnya membantu mereka...kembalilah katanya lagi...kita semua dalam mencari dan mendalami ilmu agama...moga hati kita bersatu kembali.


Orang kaya dan miskin adalah orang yang sama katanya. Orang kaya memberi semua hartanya kepada orang lain kerana Allah sehingga dia boleh dianggap miskin. Manakala orang miskin adalah orang yang meninggalkan semuanya untuk akhirat kerana Allah. Maka keduanya Kaya dan Miskin adalah sama...begitulah hujan beliau... cuba fikirkan sedalamnya....


Satu hari perjalanan aku merentas masa bersama orang yang tersayang....penuh dengan ilmu..


Wednesday, February 10, 2010

Geram!!!

Hari ini agak panas. Macam-macam berlaku, ada yang seperti di rancang, ada juga sebaliknya. Di awal pagi agak tenang cuma waktu di jalanan sepertimana pagi-pagi yang sebelum hari ini tenat dengan kesesakan. Adat hidup di kota....di buru waktu setiap ketika.

Menjelang tengah hari panas memuncak di tokok oleh ketidaksempurnaan hasil tugasan sebahagian daripada kenderaan yang harus di siapkan oleh kontraktor. Puas aku memberi ruang waktu di sulam dengan cadangan namun hasilnya tetap tidak seperti yang diharapkan. Sabar...sahut hatiku cuba menahan geram...hati membisik lagi "Aku sudah buat yang terbaik...." Aku kembali tenang....Alhamdulillah...

Petang aku tenangkan lagi hati ini...awan tebal mula kelihatan bersisik memenuhi lautan langit. Insy'Allah hujan akan turun bisik hatiku....senyuman terukir..

Di waktu itu aku terkenang yang dekat di hati memulakan hari pertama kerjanya di tempat baru setelah sekian lama bercuti. "Takut,....bolehkan aku" katanya, persoalan bermain di minda antara pasti atau sebaliknya. Itu antara perasaan di waktu permulaan sesuatu dalam perjalanan hidup kita merentas masa. Mungkin ianya rezeki, mungkin juga ujian untuk kita....
Semuanya bermula dengan niat..kalau baik nawaitu maka baiklah hasilnya ...Insy'Allah.

Namun aku tetap berdoa yang terbaik untuknya...