Wednesday, February 17, 2010

TETAMU HEBAT

Salam Semua...


Cuti panjang yang membosankan.Begitulah fitrah kita manusia ...kalau tika bekerja kita mahu dan idamkan cuti..namun kalau dah bercuti terasa ingin pulang bekerja. Agak lama aku tidak menulis...sikap yang aku paling tidak suka"menangguhkan sesuatu"...bukan apa, aku sendiri tahu tahap mana kepekaan diri sendiri. Kalau ku tangguhkan sesuatu pekerjaan maka tertunda lamalah ia....aku lebih gemar terus melakukan apa yang ingin aku laksanakan....


Cuti selalunya akan aku cuba penuhkan masa bersama keluarga. Banyak perkara yang berlaku....minggu ini.


Ada tetamu dari Johor...bersembang lama berkaitan dengan konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia. Sejarah dan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh empunya diri. Bermula dengan kemasukan beliau dalam tentera semasa pemerintahan British di Singapura, kampung halaman beliau. Di hantar ke Pontian untuk latihan di hutan Jemaluang. 7 daripada sahabat dari rejimen lain terbunuh sewaktu bertempur dengan Komando Indonesia yang mendarat melalui Batu Pahat. Beliau menceritakan pengalaman bersama regimen Chester dan Highlander yang semuanya askar British yang didatangkan khas dari Scotland.....terkenang seorang sahabat yang baru memeluk Islam, dilahirkan di Scotland dan punya bapa yang pernah berkhidmat di Batu Pahat. Adakah ini suratan atau kebetulan..... Ini juga cerita tentang kekeluargaan....seronok punya keluarga yang rapat sentiasa akrab. Aku rindu semua itu...maklumlah dari kecil sudah merantau keluar kampung. Satu kekosongan yang perlu di isi sebaik mungkin...perlunya komunikasi duahala, kesungguhan dan keterbukaan hati serta masa. Tanpa semua ini...mungkin ikatan kekeluargaan akan sepi membisu tiada bicara. Pertemuan hanya memenuhi keperluan acara...fikirkan....


Melawat Mohd Ikhwan Nordin lagi di HKL...sayu masih diwajahnya menunggu ibu yang belum kunjung tiba...mungkin atas faktor masa, ibu terlewat ke hospital...dihati aku, ibu ikhwan akan tetap hadir menemani Ikhwan....sabar...pujuk hatiku sambil menatap wajah sayunya yang sentiasa tersenyum dengan kehadiran siapa saja. Insy'Allah....hati kita semua digerakkan untuk kebaikan. Pelawat hebat di sebelah katil Iwan mejenguk cucu ke-12nya yang di jangkiti virus di dada kecilnya. Agak kelitah cucunya berbicara bersama semua yang hadir. Aku tersenyum bersama mencuri dengar cerita mereka....sambil mengesat airmata ikhwan.


Bekas Iman masjid Jamek dipertemuan dua sungai di tengah ibukota..memberi salam menghampiri katil Ikhwan bertanya keadaan Ikhwan. Banyakan membaca al-fatihah juga ayat kursi buat Ikhwan katanya...sambil mulutnya membaca doa buat Ikhwan. Kesihatan anak-anak amat penting dijaga... Nasihat beliau kefahaman agama Islam amat penting dan perlu diterapkan didalam kehidupan sebaiknya. Malah bersama isteri juga disebut dimana waktu dan keadaan juga jadi penentu tentang kesihatan anak yang bakal dilahirkan. Antara lain beliau menyebut tarikh bulan islam iaitu 1,15,29 dan 30 yang tidak sesuai bersama isteri....sedikit ilmu yang beliau sampaikan....mungkin boleh dikongsi bersama merentas waktu kehidupan ini..


Tetamu terakhir agak unik..seorang pelukis jalanan yang bercerita tentang bangsa kita melayu yg tidak bersatu, sombong, hasad dengki dan kurang agama. Pertemuan singkat kami menghampiri magrib di Central Market. Bagaimana bangsa melayu dipinggirkan di bumi sendiri...susahnya jadi bangsa melayu di tanah melayu...kata sahabatku satu ketika dulu. Semua pelukis terpaksa berpindah keluar setelah pengurusan baru berkuasa. Tiada kesatuan antara mereka punca mereka terpinggir...katanya. Masih jauh kesedaran dihati kerana kesombongan mereka sendiri. Hanya Agamalah sahaja yang mungkin akhirnya membantu mereka...kembalilah katanya lagi...kita semua dalam mencari dan mendalami ilmu agama...moga hati kita bersatu kembali.


Orang kaya dan miskin adalah orang yang sama katanya. Orang kaya memberi semua hartanya kepada orang lain kerana Allah sehingga dia boleh dianggap miskin. Manakala orang miskin adalah orang yang meninggalkan semuanya untuk akhirat kerana Allah. Maka keduanya Kaya dan Miskin adalah sama...begitulah hujan beliau... cuba fikirkan sedalamnya....


Satu hari perjalanan aku merentas masa bersama orang yang tersayang....penuh dengan ilmu..


No comments:

Post a Comment