Wednesday, February 10, 2010

Geram!!!

Hari ini agak panas. Macam-macam berlaku, ada yang seperti di rancang, ada juga sebaliknya. Di awal pagi agak tenang cuma waktu di jalanan sepertimana pagi-pagi yang sebelum hari ini tenat dengan kesesakan. Adat hidup di kota....di buru waktu setiap ketika.

Menjelang tengah hari panas memuncak di tokok oleh ketidaksempurnaan hasil tugasan sebahagian daripada kenderaan yang harus di siapkan oleh kontraktor. Puas aku memberi ruang waktu di sulam dengan cadangan namun hasilnya tetap tidak seperti yang diharapkan. Sabar...sahut hatiku cuba menahan geram...hati membisik lagi "Aku sudah buat yang terbaik...." Aku kembali tenang....Alhamdulillah...

Petang aku tenangkan lagi hati ini...awan tebal mula kelihatan bersisik memenuhi lautan langit. Insy'Allah hujan akan turun bisik hatiku....senyuman terukir..

Di waktu itu aku terkenang yang dekat di hati memulakan hari pertama kerjanya di tempat baru setelah sekian lama bercuti. "Takut,....bolehkan aku" katanya, persoalan bermain di minda antara pasti atau sebaliknya. Itu antara perasaan di waktu permulaan sesuatu dalam perjalanan hidup kita merentas masa. Mungkin ianya rezeki, mungkin juga ujian untuk kita....
Semuanya bermula dengan niat..kalau baik nawaitu maka baiklah hasilnya ...Insy'Allah.

Namun aku tetap berdoa yang terbaik untuknya...

Tuesday, February 9, 2010

Mencuri Waktu

Hari ini aku merasakan masa berlalu begitu pantas....tanpa ku sedari petang menjelma. Seharian di pejabat bagaikan satu perjalanan yang terlalu singkat. Pantas, senyap masa berlalu. Mungkin permulaan minggu baru...Isnin atau Blue Monday ungkapan sesetengah kita. Namun hakikatnya kita harus sedar apa yang telah kita penuhi sewajarnya waktu yang diperuntukan itu.....

Malam kelmarin aku menonton Halaqah antara program TV yang aku selalu nanti-nantikan setiap hujung minggu kalau tidak keluar kota. Aku teringatkan tajuk yang di bincangkan iaitu AZAN. Sungguh menarik sekali ulasan daripada Dr. Azhar Sarip berkaitan dengan frekuensi yang terhasil daripada seruan azan. Ianya mampu mendamaikan dan menenangkan. Kemuncaknya adalah kyusuk sembahyang di awal waktu.

Juga seruan AZAN yang tanpa henti di seluruh pelusuk dunia mengikut peredaran bumi di paksinya dan perubahan siang dan malam. Dunia perlukan AZAN untuk keseimbangan dan kestabilan. HEBAT nya Kuasa Allah yang Esa. Seruan AZAN juga merentas waktu....

Monday, February 8, 2010

Kasih Ibu




Salam perkenalan semua...






Hari ini hari pertama saya mencuba menulis.....sudah lama memendam rasa ingin menulis tapi entah mengapa jiwa ini selalu berbisik ...bolehkan aku? Namun melihat kawan-kawan yang menulis terasa seperti mereka dapat meluahkan isihati serta perasaan mereka melalui penulisan. Kadang kala terasa penulis boleh merubah masyarakat dengan hasil tulisan mereka. Hebat...bayangkan kesengsaraan rakyat Palestin setiap hari dipenjara terbesar dunia tanpa pembelaan dapat merubah hati insan dibumi Malaysia yang hanya merupakan sahabat tanpa sempadan yang tidak dikenali langsung dapat dizahirkan hanya dengan membaca hasil tulisan seorang wartawan. "Itu adalah tulisan dari hati" kata seorang sahabat, hasilnya dapat merubah hati-hati yang lain. Itulah maksudku ...penulisan dapat merubah sesuatu. Maka itulah harapan aku dalam merentas waktu yang sedikit ini...Aku cuba menulis dari hati...Insy'Allah. Mungkin ia bakal kita jadikan pesanan atau sempadan yang baik. Sama-samalah kita berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran.






Semalam aku sempat melawat seorang sahabat kecil di wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Adik Ikhwan namanya. Ikhwan sudah terlantar baring di wad hampir 3 tahun sekarang. Beliau seorang anak yang periang dan sihat seperti kanak-kanak lain kata ibunya. Ikhwan sebenarnya membesar saban hari di katil tersebut. " Sudah sama panjang dengan katil Wan ye" tambah Ibunya lagi sambil tersenyum. Ini adalah kali ketiga aku melawat Ikhwan, menjadi kemestian untuk bertemu Ikhwan setiap hujung minggu. Ikhwan bukan saudara terdekat namun dia memberi aku sedikit ceria setiap kali bertemu dengan lirikan mata dan senyuman ikhwan walaupun pertemuan kami tanpa bicara.






Ibunya bekerja, tinggal di Rawang. namun setiap hari beliau tindak pernah ketinggalan untuk bersama Ikhwan. Kasih Ibu tidak pernah luntur begitulah rutin beliau selama Ikhwan di hospital. Dengan bantuan alat pernafasan Ikhwan menyabung nyawa untuk terus hidup. Menurut ibunya, doktor memberitahu yang Ikhwan akan terus begitu kerana paru-parunya terlalu lemah untuk membantu pernafasannya. Ianya bermula bila Ikhwan dibawa ke hospital sewaktu berumur 10 tahun hanya kerana deman biasa. Tapi sebaliknya doktor membuat pengesahan yang Ikhwan dihinggapi JE sewaktu wabak itu hangat melanda negara kita.






Kini Ikhwan terlantar begitu saja....tanpa usaha-usaha lain untuk membantu beliau. Ibunya tetap sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Sesekali terdengar keinginan beliau melihat Ikhwan sihat seperti anak-anak lain. " Bangun Ikhwan, bangun...Jom kita balik" pujuk ibunya. Mengalir airmata Ikhwan sejurus selepas itu. Ibunya akan sedih setiap kali mahu pulang kerana Ikhwan akan keseorang setiap malam tanpa Ibu disini kerana besoknya ibu terpaksa bekerja...






Moga kunjungan bukan saudara terdekat ini dapat menghiburkan sedikit hati Ikhwan. Segala sesuatu itu atas kehendak dan hikmah yang Esa.




Wassalam.


ZD