Monday, February 8, 2010

Kasih Ibu




Salam perkenalan semua...






Hari ini hari pertama saya mencuba menulis.....sudah lama memendam rasa ingin menulis tapi entah mengapa jiwa ini selalu berbisik ...bolehkan aku? Namun melihat kawan-kawan yang menulis terasa seperti mereka dapat meluahkan isihati serta perasaan mereka melalui penulisan. Kadang kala terasa penulis boleh merubah masyarakat dengan hasil tulisan mereka. Hebat...bayangkan kesengsaraan rakyat Palestin setiap hari dipenjara terbesar dunia tanpa pembelaan dapat merubah hati insan dibumi Malaysia yang hanya merupakan sahabat tanpa sempadan yang tidak dikenali langsung dapat dizahirkan hanya dengan membaca hasil tulisan seorang wartawan. "Itu adalah tulisan dari hati" kata seorang sahabat, hasilnya dapat merubah hati-hati yang lain. Itulah maksudku ...penulisan dapat merubah sesuatu. Maka itulah harapan aku dalam merentas waktu yang sedikit ini...Aku cuba menulis dari hati...Insy'Allah. Mungkin ia bakal kita jadikan pesanan atau sempadan yang baik. Sama-samalah kita berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran.






Semalam aku sempat melawat seorang sahabat kecil di wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Adik Ikhwan namanya. Ikhwan sudah terlantar baring di wad hampir 3 tahun sekarang. Beliau seorang anak yang periang dan sihat seperti kanak-kanak lain kata ibunya. Ikhwan sebenarnya membesar saban hari di katil tersebut. " Sudah sama panjang dengan katil Wan ye" tambah Ibunya lagi sambil tersenyum. Ini adalah kali ketiga aku melawat Ikhwan, menjadi kemestian untuk bertemu Ikhwan setiap hujung minggu. Ikhwan bukan saudara terdekat namun dia memberi aku sedikit ceria setiap kali bertemu dengan lirikan mata dan senyuman ikhwan walaupun pertemuan kami tanpa bicara.






Ibunya bekerja, tinggal di Rawang. namun setiap hari beliau tindak pernah ketinggalan untuk bersama Ikhwan. Kasih Ibu tidak pernah luntur begitulah rutin beliau selama Ikhwan di hospital. Dengan bantuan alat pernafasan Ikhwan menyabung nyawa untuk terus hidup. Menurut ibunya, doktor memberitahu yang Ikhwan akan terus begitu kerana paru-parunya terlalu lemah untuk membantu pernafasannya. Ianya bermula bila Ikhwan dibawa ke hospital sewaktu berumur 10 tahun hanya kerana deman biasa. Tapi sebaliknya doktor membuat pengesahan yang Ikhwan dihinggapi JE sewaktu wabak itu hangat melanda negara kita.






Kini Ikhwan terlantar begitu saja....tanpa usaha-usaha lain untuk membantu beliau. Ibunya tetap sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Sesekali terdengar keinginan beliau melihat Ikhwan sihat seperti anak-anak lain. " Bangun Ikhwan, bangun...Jom kita balik" pujuk ibunya. Mengalir airmata Ikhwan sejurus selepas itu. Ibunya akan sedih setiap kali mahu pulang kerana Ikhwan akan keseorang setiap malam tanpa Ibu disini kerana besoknya ibu terpaksa bekerja...






Moga kunjungan bukan saudara terdekat ini dapat menghiburkan sedikit hati Ikhwan. Segala sesuatu itu atas kehendak dan hikmah yang Esa.




Wassalam.


ZD










No comments:

Post a Comment